Input your search keywords and press Enter.

Inisiatif Pakej Jalur Lebar Bantu Pelajar Kurang Mampu

M Update, 15/09/2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menawarkan dua inisiatif pakej iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia dalam usaha membantu golongan sasar mendapat kemudahan akses jalur lebar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata inisiatif dilancarkan itu hasil kerjasama dengan enam syarikat telekomunikasi bagi menyediakan kemudahan penjimatan dengan kos lebih rendah.

“Kedua-dua pakej itu akan ditawarkan selama enam bulan bermula 15 Oktober hingga 15 April 2022,” katanya pada sidang media pengumuman Pakej Diskaun Perkhidmatan Telekomunikasi untuk Pelajar Universiti, di sini, hari ini.