M Update, 15/09/2021 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini memperkenalkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT bagi membantu keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata Rumah IKRAM KPKT dikhususkan untuk rakyat negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19 bagi keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Beliau berkata, sewa Rumah IKRAM KPKT ditetapkan pada kadar RM124 sebulan dengan tempoh setiap keluarga yang layak dibenarkan menyewa atau mendiaminya untuk maksimum selama dua tahun.