Input your search keywords and press Enter.

Senarai PPV Vaksinasi Remaja Diumum Esok

Foto Mohd Fadli Hamzah

M Update, 20/09/2021 – Beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada yang sedang beroperasi akan digunakan bagi pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia adalah antara dua kaedah yang akan digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan itu, selain secara jangkau luar di sekolah.

Katanya, KKM akan mengumumkan senarai PPV berkenaan esok, yang akan membolehkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun hadir secara terus atau ‘walk-in’ bagi mendapatkan vaksinasi.

“Bagi kaedah jangkau luar, sebagai contoh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 8 (1) akan menjadi PPV sementara yang akan digunakan pada pada hari pemberian vaksin sahaja. Jika tidak cukup kakitangan KKM, kita akan mendapatkan khidmat pengamal perubatan swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Presint 8 (1) di sini, hari ini. – BH Online