Input your search keywords and press Enter.

MU Jadi ‘Lauk’ Liverpool, Penyokong MU OK Tak Tu?

M Update, 25/10/2021 – Liverpool membelasah seteru ketatnya Manchester United 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, di sini, sebentar tadi yang turut menyaksikan Mohamed Salah merakamkan hatrik.

Kekalahan besar dan memalukan di laman sendiri itu sekali gus turut menyaksikan kedudukan pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer kian terancam.

Buat pertama kali dalam sejarah EPL, United ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama dan kekalahan itu jelas memeritkan apabila mereka hanya mampu meraih satu daripada 12 mata saingan liga yang ditawarkan.

Salah berjaya memperoleh dua gol pada separuh masa (minit ke-38 dan 45+4) selepas Naby Keita (minit ke-5) dan Diogo Jota (ke-13) lebih dulu meletakkan skuad Jurgen Klopp itu di depan 2-0 dalam tempoh 15 minit pertama.

Salah meledak gol ketiganya lima minit selepas permainan disambung semula. Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol buat United tidak lama selepas itu, dinamun dibatalkan kerana ofsaid. – AFP, BH Online