Input your search keywords and press Enter.

Statistik Penjawat Awam Enggan Divaksin Tumpuan Dewan Rakyat

Statistik penjawat awam yang enggan divaksin atau belum bersedia menerima vaksinasi COVID-19 tanpa alasan kukuh adalah antara soalan akan dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, persoalan itu akan diajukan oleh Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab.

Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Disember.