Input your search keywords and press Enter.

Dapatkan Segera Dos Penggalak Jika Dapat Janji Temu

Orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kumpulan rentan dinasihatkan supaya mendapatkan segera dos penggalak apabila janji temu diberi – KPK Tan Sri Dr. Noor Hisham

KPK turut melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif COVID-19 negara selama empat hari berturut-turut apabila sebanyak 6,323 kes baharu COVID-19 dicatatkan Khamis. 

Sebelum itu, kes harian COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend penurunan dengan 4,343 kes baharu dicatat pada Ahad sebelum ia meningkat semula mulai Isnin sehinggga semalam.

Sumber : Bernama