Pengundi luar dari Melaka diingatkan memastikan sudah lengkap divaksin dan membuat ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.
Walaupun daripada segi vaksinasi, seseorang individu itu mungkin berhak untuk tidak mengambil vaksin, tetapi risiko kepada ahli keluarga lain harus diambil kira – Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman
Bagi ujian kendiri, individu boleh membeli kit ujian yang diluluskan di pasaran, dan jika didapati positif mereka perlu membatalkan rancangan untuk balik untuk pulang dan mengikuti langkah yang digariskan kementerian kesihatan (KKM) termasuk kuarantin di rumah.