Input your search keywords and press Enter.

Aktif Media Sosial & Kesunyian Punca Terjebak Love SCAM

Wanita yang terlalu aktif di media sosial, kesunyian, kemurungan dan mengimpikan kehidupan di luar negara adalah golongan yang kerap menjadi mangsa penipuan cinta atau ‘ Love Scam’.

Bagi golongan yang terlalu aktif melayari laman media sosial seperti Facebook dan mereka terlalu mudah menerima permintaan untuk menjadi rakan.

Itu menjadi punca mereka mudah tertarik dengan profil jejaka tampan, yang berpakaian seragam seperti tentera, juruterbang dan sebagainya sehingga menimbulkan minat dan seterusnya menjalinkan hubungan.

Golongan lain adalah mereka yang kesunyian sama ada baru kehilangan pasangan hidup, tiada teman hidup dan berhasrat mencari pasangan dan yang sudah berkahwin tetapi kesunyian.

Justeru golongan terbabit banyak menghabiskan masa melayari media sosial untuk mengisi kekosongan dan seterusnya mencari kenalan baharu untuk menghilangkan kesunyian.

Selain itu, mereka yang sedang mengalami ‘stress’ (tekanan) dan kemurungan disebabkan kerja, masalah diri atau keluarga juga mudah menjadi sasaran sindiket ‘Love Scam’.

Apabila mereka berkenalan dengan sesiapa di media sosial, mereka mendapati orang itu mengambil berat, memberi masa dan nasihat menyebabkan mereka jatuh cinta dengan orang sedemikian.

Walaupun banyak pendedahan mengenai penipuan ‘Love Scam’ dilakukan pelbagai pihak termasuk PDRM, ramai yang mudah lupa dan masih ramai terpedaya termasuk golongan profesional.

Hati-hati kerana sindiket ini mudah mendapat maklumat mengenai mangsa melalui media sosial, segala maklumat dan luahan perasaan mangsa yang dikongsi di media sosial digunakan untuk memerangkap mangsa.