Input your search keywords and press Enter.

Bayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 Bermula Khamis Ini

Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis ini (25 November 2021) dengan peruntukan RM300 juta.

Bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin – PM

Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun mereka manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pembayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC https://bkc.hasil.gov.my.

Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Sumber : Bernama