Input your search keywords and press Enter.

Hujan Berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (waspada) bagi beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, mulai hari ini sehingga esok.

9 kawasan di Kelantan dijangka berdepan hujan berterusan iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai – Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah

Sementara di Terengganu, membabitkan semua kawasan. Pahang pula membabitkan kawasan Kuantan, Pekan serta Rompin, manakala di Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang. Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

Sumber : BH