Semua 114 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) kerana positif COVID-19 berada dalam keadaan baik.
Semua ibu bapa semua pelajar terbabit tidak bimbang kerana anak mereka dijaga dengan baik di pusat kuarantin itu. Bekalan makanan semuanya mencukupi dan semua pelajar-pelajar yang terlibat semuanya terurus dengan baik.
Pada 1 Disember lalu, sebanyak 65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dihantar ke MAEPS manakala 49 orang lagi dihantar pada keesokan harinya kerana positif COVID-19 kategori satu dan dua untuk menjalani kuarantin.
Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai sebarang gejala atau memiliki gejala ringan.
Sumber : Bernama