Input your search keywords and press Enter.

Pameran DSA Platform Penting Agenda Keselamatan Negara

M Update, 7/12/2021 – Pameran pertahanan Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NATSEC) Asia 2022 penting untuk diteruskan kerana ianya memainkan peranan penting kepada agenda negara.

Penganjuran DSA sebelum ini telah membuktikan ianya satu platform yang penting bagi memupuk kerjasama di antara industri, kerajaan, tentera serta agensi pertahanan serantau.

DSA 2022 dan NATSEC ASIA 2022 merupakan pameran pertahanan dwitahunan yang pertama kali diadakan selepas wabak COVID-19 melanda negara pada tahun 2019 akan berlangsung pada 28 sehingga 31 Mac 2022.

Sebelum ini, pameran DSA dan NATSEC Asia yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2020 dibatalkan.