Input your search keywords and press Enter.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia – Patuh SOP

M Update, 8/12/2021 – Esok 9 Disember 2021 bermula penganjuran 100 Hari AKM yang akan diadakan di mana kerajaan sudah menyediakan satu SOP yang ketat.

Apa yang penting kini bagaimana pengunjung dan penganjur dapat memainkan peranan masing-masing serta bertanggungjawab dalam memastikan pematuhan SOP mereka berada di tahap tertinggi.

Saat ini semua orang berasa bimbang dan risau terdapat varian membimbangkan (VOC) Omicron, namun jika SOP dipatuhi pasti dapat mengekang penularan virus ini.

Program 100 Hari AKM akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) esok.