Input your search keywords and press Enter.

Banjir – PPS Di Kelantan & Terengganu Telah Dibuka

M Update, 17/12/2021 – Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas mengakibatkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dinaiki air, menyebabkan lebih 200 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Kelantan, seramai 129 orang daripada 20 keluarga di Gua Musang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 pagi apabila rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak tiga hari lepas.

Di Terengganu, Sekolah Kebangsaan Kasar, Hulu Nerus di daerah Setiu merupakan PPS pertama yang dibuka pada 1.30 pagi ini bagi menempatkan empat orang daripada satu keluarga, manakala PPS kedua yang dibuka ialah Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja di Dungun yang menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga.

Orang ramai yang terlibat dengan banjir dinasihatkan agar utamakan keselamatan dan patuhi arahan pihak berkuasa.