Input your search keywords and press Enter.

Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara Turun Padang

M Update, 24/12/2021 – Seramai 100 pegawai dan staf Istana Negara tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di empat daerah di Selangor yang paling teruk terjejas iaitu Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat. Penubuhan pasukan bantuan itu adalah hasil cetusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiap lokasi yang terjejas akan dihantar 20 hingga 30 orang terdiri daripada warga Istana Negara. Idea ini adalah daripada Tuanku. Baginda menyatakan hasrat untuk membantu bukan hanya di negeri Selangor tapi akan bergerak ke negeri-negeri lain.

Pasukan bantuan tersebut melakukan kerja pembersihan pasca banjir di rumah penduduk yang terjejas di sebuah taman di Klang, dekat sini yang memerlukan bantuan berkenaan memandang memiliki dua anak orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, bantuan berbentuk keperluan asas seperti pakaian, tuala, alat mandi, kit kendiri ujian COVID-19 dan makanan kering turut diberikan kepada para penduduk yang terjejas banjir.

Sumber : BH