Input your search keywords and press Enter.

2 Kes Omicron Di Pulau Pinang

M Update, 17/12/2021 – Pulau Pinang kini mempunyai dua kes jangkitan baharu COVID-19 membabitkan varian Omicron.

Ia adalah kes import yang dikesan melalui dua individu yang pulang dari Arab Saudi selepas menunaikan umrah – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

Pesakit dijangkiti varian berkenaan selepas kembali dari menunaikan Umrah dan kedua-dua mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi.

Setakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri Pulau pinang dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat.

Diharapkan warga Pulau Pinang supaya mematuhi SOP sepanjang masa dan mengambil dos penggalak bagi mengelak dijangkiti COVID-19