Input your search keywords and press Enter.

Soalan Lazim BSN MyRinggit-i Banjir

M Update, 28/12/2021 – Berikut merupakan soalan-soalan lazim mengenai BSN MyRinggit-i Banjir

1. Apakah skim BSN MyRinggit-i Banjir?

BSN MyRinggit-i Banjir adalah inisiatif kerajaan yang disediakan khusus bagi membantu mereka yang terkesan dengan bencana banjir Disember 2021 di Malaysia dan ditawarkan dalam bentuk pembiayaan peribadi tanpa cagaran.

2. Siapakah yang layak untuk memohon BSN MyRinggit-i Banjir?

Pelanggan yang memenuhi kriteria di bawah layak untuk memohon MyRinggit-i Banjir

i) Warganegara Malaysia

ii) Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis)

iii) Bukan seorang yang muflis

iv) Hanya satu permohonan sahaja daripada satu isi rumah

3. Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan melalui skim BSN MyRinggit-i Banjir?

Sehingga RM10,000

4. Berapa lama tempoh pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir?

3.5 tahun termasuk moratorium (penangguhan bayaran) untuk enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan

5. Berapakah kadar keuntungan yang dikenakan bagi BSN MyRinggit-i Banjir?

0.00 peratus

6. Bagaimanakah cara untuk memohon BSN MyRinggit-i Banjir?

Pelanggan perlu melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang https://bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx . Bagi pelanggan yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman sesawang berkenaan, sila kunjungi mana-mana cawangan BSN yang berdekatan untuk membuat permohonan.

7. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan?

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan bagi permohonan BSN MyRinggit-i Banjir:

i) Salinan Kad Pengenalan

ii) Salinan bil elektrik rumah yang terjejas

iii) Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis berkenaan rumah yang terjejas

8. Bila dan bagaimana untuk mengetahui status permohonan yang telah dibuat?

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan. Pelanggan juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan https://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspx

9. Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN MyRinggit-i Banjir?

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN MyRinggit-i Banjir:

i) Hubungi 1300-88-1900

ii) Layari laman sesawang BSN https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Financing/bsnmyringgit-i-banjir

iii) Kunjungi mana-mana cawangan BSN yang berdekatan

Sumber : BH