Input your search keywords and press Enter.

Penjawat Awam Diaturgerak Misi Pasca Banjir

M Update, 29/12/2021 – Seramai 5,000 penjawat awam akan digerakkan bagi membantu misi pasca banjir secara berperingkat mengikut penggiliran masing-masing.

Inisiatif terbabit selaras dengan kenyataan Ketua Setiausaha Negara yang memutuskan supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyelaras usaha mobilisasi penjawat awam bagi membantu kerja pembersihan dan kemanusiaan – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman

Berdasarkan surat edaran dikeluarkan JPA, pegawai yang terbabit dengan arahan mobilisasi itu adalah dianggap menjalankan tugas rasmi.

Selaras dengan keputusan itu, kementerian akan menentukan dan mengarahkan pegawai di agensi masing-masing untuk membantu melaksanakan tugas pasca banjir berdasarkan kawasan yang ditetapkan.

Arahan ini berkuat kuasa serta-merta. Ia juga dilaksana berdasarkan kawasan yang terjejas teruk bagi tempoh masa tertentu bertujuan meringankan kepayahan yang dihadapi oleh mangsa banjir.

Setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan akan menerima kawasan terjejas banjir untuk dijadikan kawasan angkat – Ketua Setiusaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali

Pembahagian kawasan angkat terjejas banjir itu akan diselaraskan JPA yang turut mengatur gerak usaha mobilisasi anggota perkhidmatan awam bagi membantu kerja pembersihan dan kemanusiaan.

Sumber : BH