Input your search keywords and press Enter.

Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Kelantan, Terengganu & Pahang

M Update, 30/12/2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (bahaya) di Kelantan sehingga esok, selain Amaran Hujan Berterusan (buruk) di masing-masing empat kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Jeli, selain di Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Terengganu, kawasan dijangka hujan membabitkan Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.

Di Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang; Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin serta di seluruh Johor.

Selain itu, hujan berterusan di jangka berlaku sehingga Ahad ini di Sabah iaitu di kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sumber : BH