Input your search keywords and press Enter.

Hujan Lebat Berterusan Hingga Esok

M Update, 3/1/2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok, 4 Januari 2022. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini memaklumkan daerah yang terlibat ialah Rompin di Pahang dan Mersing di Johor.

Amaran hujan berterusan tahap kuning yang diramal berlaku di Kemaman (Terengganu), Maran, Kuantan, Bera, Pekan (Pahang), Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin (Negeri Sembilan) dan Melaka.

Amaran tahap waspada itu turut diberikan kepada beberapa kawasan iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru (Johor) dan Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran (Sabah).

NADMA turut menyarankan supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah diaktifkan di kawasan yang berisiko tinggi selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana.