Input your search keywords and press Enter.

Bahana Jual Sijil Vaksin Palsu

Foto : Bernama

M Update, 11/0/2022 – Semalam tular seorang doktor yang berusia 51 tahun ditahan kerana menjadi dalang penjualan sijil vaksinasi palsu.

Pihak polis kemudiannya telah menahan enam lagi individu bagi membantu siasatan. Mereka tersebut berusia diantara 35 hingga 57 tahun ditahan di sekitar Marang, Dungun dan kuala Terengganu. Mereka ini dipercayai membantu suspek dalam mengiklankan sijil vaksinasi palsu berkenaan.

Modus operasi mereka dilakukan secara ‘mulut ke mulut’ melalui kenalan yang dipercayai dan diupah dengan bayaran RM50 bagi setiap pelanggan. Walau bagaimanapun, kakitangan klinik berkenaan tidak terlibat dengan kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi ini.

Perkhidmatan pemalsuan sijil itu dilakukan suspek secara bersendirian di kliniknya dengan kebanyakan urusan dilakukan secara dalam talian, termasuk menerusi emel. Suspek juga mengaku sebagai golongan antivaksin namun mengambil suntikan atas tuntutan kerja.

Semalam, pihak polis turut merampas 1,900 sijil vaksin Covid19 bernilai hampir sejuta ringgit dipercayai palsu yang dikeluarkan oleh sebuah klinik swasta di Marang kepada anti vaksin. Setiap sijil dijual antara RM400 hingga RM600 bagi setiap pelanggan.

Hasil siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu telah berurusan dengan klinik tersebut untuk tujuan vaksinasi, namun daripada jumlah itu pihak polis masih menyiasat angka sebenar individu yang mendapat sijil vaksinasi palsu berkenaan.