Input your search keywords and press Enter.

Tiada PKP Lagi, Hanya Kawalan Ketat Sempadan Negara

M Update, 12/01/2021 – Kerajaan tidak akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kawalan lebih ketat akan dilaksanakan di pintu masuk dan keluar negara, dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.

Dengan mengambil kira perkembangan jangkitan varian Omicron, langkah kawalan tersebut perlu ditambah baik termasuk menyenaraikan lebih banyak negara berisiko tinggi.

Sebahagian besar kes jangkitan di negara kita ini masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara. Jumlah kes telah meningkat sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia

Pendekatan yang akan diambil ialah dengan mengenakan kawalan lebih ketat di pintu masuk negara, tetapi PKP secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula. Tumpuan kerajaan kini ialah kembali kepada usaha transisi ke arah endemik yang tertangguh akibat beberapa isu sebelum ini.

Kerajaan juga memantau rapat status semasa pelaksanaan ‘Vaccinated Travel Line’ (VTL) dengan melihat ruang dan peluang untuk melaksanakannya dengan beberapa negara lagi termasuk Indonesia dan Thailand. Bagaimanapun ia bergantung kepada situasi COVID-19, bukan sahaja di negara-negara berkenaan tetapi juga di negara kita. – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein