Input your search keywords and press Enter.

PICKids: Pendaftaran Lepasi Angka Sejuta

M Update, 22/02/2022 – Pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) kini melepasi sejuta individu iaitu 28 peratus bagi kohort kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun selepas tiga minggu pelaksanaan program itu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menerusi akaun Twitternya pada Isnin, beliau berharap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ bagi mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Harap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sebab kadar kemasukan hospital kanak-kanak mula meningkat. Daftarkan anak anda untuk #PICKids hari ini!” menurut hantaran itu.

Beliau turut berkongsi infografik pendaftaran PICKids setakat Ahad yang menyaksikan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi diikuti Pulau Pinang dan Putrajaya.

Setakat Ahad, sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui program itu yang mula dilaksanakan pada 3 Februari lalu. – SH