Input your search keywords and press Enter.

Amaran Hujan Berterusan Di Terengganu, Pahang Dan Johor

M Update, 03/03/2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di Terengganu, Pahang dan Johor, selama dua hari bermula esok.

Di Terengganu, amaran dikeluarkan membabitkan Dungun dan Kemaman, manakala Pahang meliputi Kuantan, Pekan dan Rompin, serta serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, penumpuan angin dijangka berlaku di perairan pantai Pahang dan Johor. Katanya, keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan berpotensi hujan berterusan di selatan Terengganu, timur Pahang dan timur Johor dalam tempoh berkenaan.

Setakat jam 1 tengah hari ini, kita keluarkan amaran hujan di lokasi berkenaan. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi.

Mereka juga boleh menghubungi talian hotline METMalaysia di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BH