Input your search keywords and press Enter.

Ibu Rayu Bantu Cari Eric Hilang

M Update, 10/03/2022 – Seorang ibu memohon bantuan orang ramai bagi mencari anak lelakinya, Eric Chang Wie Jie, berusia empat tahun yang dilaporkan hilang, Isnin lalu.

Ibunya, Dynasty Chang Ka Hui, 25, sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bintawa mengenai kehilangan anak lelakinya itu pada hari sama.

Dynasty berkata, dia hanya menyedari kehilangan anak lelakinya yang masih kecil itu pada jam 9.15 pagi selepas dihubungi pengasuh yang mengatakan anaknya hilang di Bintawa Village.

Wanita itu kemudian cuba mencari Eric di Bintawa Village, namun anaknya gagal ditemui.

Dynasty yang sarat mengandung tujuh bulan pada sidang media di Pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Pending di sini, hari ini, merayu orang ramai membantu mencari anaknya agar dapat kembali ke pangkuan mereka.

“Saya berharap bagi sesiapa yang melihat kelibat anak saya agar menghubungi saya sendiri atau suami saya, Lee Fook Chuan,” katanya.

Secara amnya, ciri fizikal Eric ialah berambut pendek lurus dan berkulit kuning langsat.

Orang awam yang ternampak atau mengenali Eric boleh menghubungi terus Dynasty di talian 011-27818688 atau ayahnya, Fook Chuan di talian 011-17818573.

Mereka juga boleh menyerahkan Eric terus ke balai polis berhampiran sekiranya ternampak anak lelaki pasangan suami isteri berkenaan.