Input your search keywords and press Enter.

Wanita Larikan Gelang Emas Ditangkap Polis

M Update, 15/04/2022 – Wanita disyaki melarikan gelang emas selepas berpura-pura mahu membelinya dari kedai emas di sini, 8 April lalu ditahan polis, 11.30 malam tadi di Pudu, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Gani berkata, wanita berkenaan ditangkap bersama lelaki dipercayai kekasihnya.

“Polis turut merampas motosikal, pakaian, resit pajak gadai, sejumlah wang tunai dan tiga buah telefon bimbit. Kedua-dua suspek berusia 21 dan 24 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya, hari ini.

Amran berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita melarikan seutas gelang emas seberat 36. 76 gram yang dianggarkan bernilai RM10,000. – HM