Input your search keywords and press Enter.

Banjir: Lapan Buah Sekolah Di Sabah Ditutup

M Update, 11/05/2022 – Sebanyak lapan buah sekolah membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah di Sabah yang terjejas telah ditutup untuk sementara waktu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Dr Mistrine Radin berkata antara sekolah terbabit melibatkan tiga daerah di Sabah.

Mengulas lanjut, sebanyak tiga sekolah terjejas banjir di Beaufort iaity SMK St Paul, SK Lago dan SK Bakau.

Selain itu, sebanyak empat sekolah terjejas banjir di Tenom iaitu SK Gumisi, SK LadongSapong, SJKC Yuk Syn dan SK Inubai.

“Bagi daerah Penampang pula, sebanyak sebuah sekolah terlibat iaitu SK Tombovo yang dilanda banjir kilat semalam dan kini dalam proses pembersihan,” katanya.

Dalam pada itu, Mistrine ketika dihubungi berkata bagi murid dan pelajar di sekolah yang terjejas banjir menjalani pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga selamat kembali ke sekolah. – HM