Input your search keywords and press Enter.

Arab Saudi Mansuh Pelitup Muka

M Update, 15/06/2022 – Arab Saudi mengumumkan penarikan semula langkah-langkah yang  diambil sebelum ini untuk mencegah penularan Covid-19 termasuk keperluan memakai pelitup muka di tempat tertutup, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Individu tidak lagi perlu memakai pelitup  muka di kawasan tertutup kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, sebagai tambahan kepada fasiliti kesihatan, acara awam, dan  pengangkutan awam yang mahu mewajibkan peraturan itu.

Bukti vaksinasi pada aplikasi Tawakkalna tidak lagi diperlukan untuk memasuki bangunan awam, acara, kapal terbang dan pengangkutan awam lain, demikian menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Rakyat yang ingin meninggalkan Arab Saudi dikehendaki mengambil dos penggalak ketiga selepas lapan bulan dan bukannya tiga bulan seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, peraturan baharu itu tidak terpakai kepada orang di bawah kumpulan umur tertentu atau mereka yang telah dikecualikan daripada diberi vaksin oleh Kementerian Kesihatan.

Kementerian bagaimanapun terus menggalakkan orang ramai mengambil suntikan dos  untuk melindungi diri mereka daripada virus Covid-19. – Agensi/Kosmo