Input your search keywords and press Enter.

Harga Baru Ayam, Telur Di Sarawak Bermula Esok

M Update, 30/06/2022 – Harga runcit ayam ditetapkan pada harga RM9.80 hingga RM13.90 sekilogram manakala harga runcit telur ayam pula ditetapkan antara 43 sen sebiji hingga 50 sen mengikut gred A, B dan C di Sarawak, mulai esok.

Berdasarkan senarai penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Ogos ini, harga dua barang keperluan itu berbeza mengikut zon.

Bagi zon Kuching, Lundu, Bau, Serian, Simunjan, Samarahan dan Asajaya harga runcit ayam standard dijual pada harga RM9.80 manakala ayam super pula RM10.80 sekilogram.

Harga sama ditetapkan bagi zon Sibu, Kanowit dan Selangau; zon Miri dan Marudi; zon Bintulu, Tatau dan Sebauh; zon Sarikei, Julau, Pakan dan Meradong serta zon Mukah, Dalat, Matu dan Daro.

Bagi zon Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu, ayam standard dijual pada harga RM10.50 manakala ayam super pada harga RM11.50.

Zon Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga pula ayam standard dijual pada harga RM11.40 manakala ayam super RM12.40.

Bagi zon Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu, ayam standard dijual pada harga RM10.50 manakala ayam super pada harga RM11.50.

Zon Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga pula ayam standard dijual pada harga RM11.40 manakala ayam super RM12.40. – Berita Harian