Input your search keywords and press Enter.

Pengurangan Waktu Bekerja Mingguan, 45 Jam Seminggu Berkuat Kuasa 1 September

M Update, 11/08/2022 – Pindaan kepada Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan berkuat kuasa pada 1 September ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara kelmarin bahawa pindaan itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Pindaan ini juga membolehkan pekerja menggunakan susunan waktu bekerja yang lebih fleksibel.

Di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik COVID-19.

“Setakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk pihak kementerian laksanakan berhubung kerja empat hari seminggu,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.