Input your search keywords and press Enter.

Sultanah Kelantan Buat Kemunculan Pertama Curi Tumpuan!

Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah, Foto Facebook Pejabat Sultan Kelantan

M Update, 14/09/2022 – Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah semalam membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian di sini apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK).

Majlis menerima menghadap itu adalah yang pertama Nur Diana Petra membuat kemunculan awam selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Foto Facebook Pejabat Sultan Kelantan

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam hantaran di Facebook memaklumkan rombongan beberapa ahli pertubuhan PKDK itu diketuai oleh presidennya Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah; Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Foto Facebook Pejabat Sultan Kelantan

Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan pada majlis itu. – BERNAMA