Input your search keywords and press Enter.

Banjir Di Ipoh: Dua PPS Dibuka

M Update, 05/10/2022 – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan banjir kilat di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor Dalam dan Kampung Ulu Chepor di sini, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya, berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.05 malam berhubung kejadian itu.

“Paras air semasa ketika ini adalah satu setengah kaki (lebih kurang setengah meter). Pemantauan banjir di sekitar RPT Chepor Dalam dan Kampung Ulu Chepor, satu PPS dibuka di Surau Al Ikhlas.

“Maklumat terkini, satu lagi PPS akan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Klebang 2 kilometer (km) dari lokasi banjir. Seramai 60 keluarga dipindahkan ke dua PPS berkenaan,” katanya, malam tadi.

JPBM Perak berkata, pihaknya turut menerima laporan berlaku banjir kilat di Taman Suria di sini.

“Pemantauan dilakukan di sekitar Taman Suria, tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini. Paras air semasa di kawasan berkenaan adalah satu kaki (0.3 meter),” katanya. – Berita Harian