Input your search keywords and press Enter.

Keluar Mengundi: Majikan Diminta Beri Kelonggaran

M Update, 17/10/2022 – Majikan di negara ini dinasihatkan memberi kelonggaran dan kebenaran kepada pekerja keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata, mereka dinasihatkan berbuat demikian terutamanya jika hari mengundi jatuh pada hari bekerja.

“Ini adalah hak warga Malaysia daripada 18 tahun ke atas mengundi, maka saya meminta majikan akur kepada keputusan kerajaan untuk membenarkan pekerja keluar untuk mengundi (sekiranya jatuh pada hari bekerja).

“Iaitu sama ada diberi cuti peristiwa, cuti ganti atau memberi masa rehat beberapa jam untuk keluar mengundi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali di Dewan Mahatma Gandhi di sini hari ini.

Katanya, tindakan majikan yang enggan membenarkan pekerja keluar mengundi boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

Sumber: Harian Metro