Input your search keywords and press Enter.

Jauhi Lokasi 33 Tong Bahan Kimia – Polis

M Update, 02/11/2022- Polis meminta orang ramai tidak mendekati sekitar lokasi penemuan 33 tong bahan kimia di Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak sedang membuat penilaian keselamatan dan mengukur indeks pencemaran udara (IPU) di tempat kejadian.

“Kes ini disiasat oleh JAS di bawah akta Kualiti alam Sekeliling 1974.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta berhubung dengan JAS Perak untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Yahaya berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis dariapda JAS berhubung perkara itu.

“Tempat kejadian dikawal oleh polis dan pasukan penyiasat yang diketuai oleh JAS Perak dengan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya. – Harian Metro