Input your search keywords and press Enter.

Kesemua Mangsa Tanah Runtuh Terima Rawatan Dibenar Pulang

M Update, 21/12/2022 – Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan mengenai status mangsa yang dirawat memaklumkan, mereka yang berusia antara 13 hingga 44 tahun dan menerima rawatan di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang bermula Jumaat lepas sehingga semalam.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Berikut senarai mangsa yang dirawat:

BilNamaJantinaUmurHospitalStatus
1. Yam Lee Yen Perempuan 41 Selayang         Dibenarkan pulang 17 Dis
2. Ng Wei Lun Lelaki 13 Kuala Kubu Bharu Dibenarkan pulang 16 Dis
3. Mg Tan  Lelaki 34 Kuala Kubu Bharu Dibenarkan pulang 16 Dis
4.  Sandy Cheah Hui Kein Perempuan 32 Kuala Kubu Bharu Dibenarkan pulang 16 Dis
5.  Tan Ei Ein Perempuan43 Selayang Dibenarkan pulang 19 Dis
6.  Choo Wai Lun Lelaki34 SelayangDibenarkan pulang 17 Dis
7. Ling Zi Xuan Lelaki19 Kuala Lumpur Dibenarkan pulang 19 Dis
  8. Loh Teng Shui Lelaki44 Selayang Dibenarkan pulang 18 Dis

Sumber: Bernama