Input your search keywords and press Enter.

Penjawat Awam Perlu Terima & Laksana Pembaharuan

Penjawat awam perlu berminda terbuka dan positif dalam menerima serta melaksanakan pembaharuan dasar atau peraturan kerajaan – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Pembaharuan dan perubahan adalah sangat penting terutama dari segi amalan dan prosedur bekerja, supaya perkhidmatan kepada rakyat dan sektor perniagaan tidak terjejas, malah boleh dipertingkatkan lagi.

Perkhidmatan awam perlu bergerak secara tuntas dan strategik dalam mendepani cabaran pasca COVID-19.

Susulan Kempen Jom Semak yang dilancarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 25 Oktober lalu, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu bersikap lebih kritikal dalam membuat semakan terhadap peraturan sedia ada agar tidak membebankan rakyat.

Ia bertujuan mewujudkan sistem peraturan yang berkesan, cekap dan bertanggungjawab dalam menyokong usaha merealisasikan matlamat pembangunan ekonomi negara.

Kempen Jom Semak adalah kesinambungan kepada pelaksanaan Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan melalui Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2021 bertajuk Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 22 Jun 2021.

Selain itu, penjawat awam perlu menguruskan rekod tersebut dengan baik bagi mengelak isu berkaitan urusan persaraan pada masa hadapan selain perlu mengemas kini maklumat peribadi masing-masing menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).

Ketua jabatan juga memainkan peranan penting dalam memastikan semakan Buku Kenyataan Perkhidmatan dengan penjawat awam dibuat secara berkala. Janganlah menganggap tugas yang diamanahkan ini sebagai tugas yang remeh-temeh.

Sumber : Bernama