Input your search keywords and press Enter.

Angka Korban Gempa Bumi Turkiye Kini Mencecah Lebih 21,000

M Update, 10/02/2023 – Jumlah kematian akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria kini membabitkan sekurang-kurangnya 21,051, menurut kenyataan pihak berkuasa kedua-dua negara.

Di Turkiye, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera pada Khamis, menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye.

Jumlah kematian di Syria pula meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,377 orang.

Ia termasuk 2,030 mangsa di kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah barat laut, dan 1,347 kematian di bahagian yang dikawal kerajaan di Syria, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets dan media kerajaan Syria.

Jumlah mangsa yang cedera di Syria merentasi semua wilayah yang terjejas meningkat kepada 5,245, dengan 2,295 dalam kawalan kerajaan serta 2,950 di kawasan yang dikuasai pemberontak.

Sekurang-kurangnya 78,124 orang cedera di Syria dan Turkiye menurut angka daripada kerajaan Turkiye, White Helmets dan media kerajaan Syria. – Berita Harian/AGENSI