Input your search keywords and press Enter.

Banjir: Sesi Persekolahan Tidak Ditangguhkan

M Update, 06/03/2023 – Sesi persekolahan bagi tahun 2023/2024 yang dijadual pada 19 dan 20 Mac di negeri yang terjejas banjir tidak akan ditangguhkan.

Pelajar akan diberi pilihan belajar melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) jika kerja baik pulih sekolah tidak sempat disiapkan sebelum cuti sekolah berakhir 19 Mac ini. Ini bagi membolehkan sesi pembelajaran dapat diteruskan.

Sementara itu, Kementerian pendidikan juga akan memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas banjir untuk memakai pakaian biasa ke sekolah. Kementerian sangat memahami keadaan mangsa banjir yang mengalami barangan persekolahan termasuk pakaian.

Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berdasarkan laporan yang diterima daripada pihak teknikal dan jurutera yang menilai, sekolah terjejas bukan sahaja mengalami kerosakan, malah kemusnahan aset termasuk membabitkan meja guru dan perkakas perabot.

Jika PdPR terpaksa dilaksanakan di PPS, KPM akan memastikan pusat itu mempunyai kelengkapan yang sesuai untuk sesi pembelajaran itu.