Input your search keywords and press Enter.

Majlis Ilmu Madani Bersama Perdana Menteri Jumaat Ini

M Update, 22/05/2023 – Majlis Ilmu Madani bersama Perdana Menteri akan dianjurkan di Masjid Putra bermula 6.30 petang Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penganjuran majlis itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Majlis Ilmu Madani itu akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam, bekas Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof Dr Ali Jumuah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.

“Semoga majlis ilmu seperti ini akan menambahkan barakah dan kefahaman dalam agama melalui perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh kedua-dua ulama ulung ini,” katanya.

Orang ramai dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis.