Input your search keywords and press Enter.

Sejuk Mata Memandang

M Update, 30/01/2024 – Di belakang setiap lelaki yang hebat, pasti ada wanita tabah di sisinya. Mungkin inilah kata-kata paling tepat menggambarkan betapa utuhnya kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tempoh 38 tahun membina mahligai cinta bersama, termasuk ketika lima tahun bersemayam di Istana Negara, menyaksikan Al-Sultan Abdullah secara terbuka mengakui bahawa Tunku Azizah banyak memberi semangat dan kekuatan, terutama pada awal Seri Paduka menaiki takhta sebagai ketua utama negara pada 2019.

“TUNKU AZIZAH IS THE PERFECT QUEEN”, demikian luahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya perihal suri hati baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang di- Pertuan Agong melihat peranan Raja Permaisuri begitu menyerlah sekali menyantuni rakyat jelata, kaum wanita dan golongan banduan menerusi pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan.

Sumber : Bernama