Input your search keywords and press Enter.

79 PATI Masih Diburu

M Update, 05/02/2024 – Seihingga petang semalam, polis telah berjaya menangkap 10 lagi tahanan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor pada Khamis lalu, sekali gus membawa kepada jumlah 51 berjaya diberkas semula.

Kesemua 10 tahanan terbabit adalah lelaki etnik Rohingya yang ditahan dalam ladang kelapa sawit di Kampung Senta, Bidor, petang semalam – Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

Operasi itu membabitkan sejumlah 253 anggota, termasuk 84 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah; Jabatan Imigresen Malaysia (41); Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (25); Pasukan Gerakan Am (37); K9 Bukit Aman (15); dan Unit Dron (tiga).

Kejayaan ini adalah hasil gerakan pencarian oleh pasukan dan hasil maklumat orang awam. Jumlah tangkapan keseluruhan hingga kini ialah 51 tahanan.

Baki tahanan yang lolos seramai 79 orang, dipercayai masih berada dalam kawasan hutan dan kampung sekitar Bidor serta Tapah.

Orang ramai diminta bekerjasama dengan pihak polis untuk mengesan tahanan berkenaan, dan jangan sekali-kali membuat sebarang spekulasi yang boleh menyukarkan lagi situasi semasa.