Input your search keywords and press Enter.

Penjawat Awam Digalak Daftar PADU

M Update, 07/02/2024 – Penjawat awam digalak untuk mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk membolehkan maklumat lebih tepat diperoleh bagi pelaksanaan proses pemberian subsidi pada masa depan dan juga program perancangan kerajaan.

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Januari lalu hingga 31 Mac depan dan pengguna boleh mengemas kini serta mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

Sistem berkenaan dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.