Input your search keywords and press Enter.

BAP RM150 – Ibu Bapa Tarik Nafas Lega

M Update, 15/02/2024 – Inisiatif Kerajaan berhubung Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 yang diberikan kepada setiap murid bermula bulan Januari lepas terbukti membantu ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan murid.

Bagi menghadapi sesi persekolahan Mac ini. Laporan Bernama pada Isnin memetik, rata-rata ibu bapa berkongsi rasa syukur dengan inisiatif kerajaan melibatkan peruntukan berjumlah RM788,130,000 menerusi Belanjawan 2024 dalam membantu mereka menyediakan kelengkapan persekolahan.

Anak-anak sekali gus berharap agar bantuan seperti itu dapat diteruskan setiap tahun. Menurut mereka yang ditemui berkata bantuan itu cukup bermakna khususnya apabila sesi persekolahan akan bermula pada bulan puasa yang hampir dengan sambutan Aidilfitri.

Ia berupaya memberi penjimatan sebanyak RM450 kepada mereka, ia satu jumlah yang besar untuk membeli baju dan kasut sekolah anak-anak.