Input your search keywords and press Enter.

Paras Air Empangan Timah Tasoh Kritikal

M Update, 15/02/2024 – Habis sudah musim hujan dan banjir, kini tiba musim panas kemarau (El Nino) melanda negara. Takungan air Empangan Timah Tasoh (ETT), Beseri dijangka dapat bertahan selama tiga bulan lagi, berikutan Perlis sedang dilanda cuaca panas akibat fenomena El Nino.

Namun bagaimanapun keadaan takungan air berkenaan masih lagi berada dalam keadaan baik dan pihaknya belum lagi merancang melaksanakan catuan bekalan air mahupun pembenihan awan di kawasan empangan berkenaan.

Sehingga hari ini, bacaan paras air di empangan berkenaan berada pada paras 28.57 meter atau 25.5 juta liter padu di mana baki keseluruhan takungan air di ETT adalah sekitar 84%.

Paras berkenaan menunjukkan penurunan daripada paras normal ETT iaitu 29.1 meter dan berdasarkan pemerhatian kita setiap hari, purata penurunan air di empangan ini adalah sekitar 0.02 meter.

Namun, sekiranya tiada hujan yang berlaku serta pengairan air tetap dilakukan bagi sektor domestik dan pertanian, maka ia tidak mustahil untuk bekalan air sedia ada ini akan terus menurun hingga paras bahaya iaitu sekitar 25.3 meter.

Langkah alternatif yang boleh dibuat apabila penurunan paras air ketara berlaku pada waktu itu adalah menerusi catuan bekalan air atau kaedah pembenihan awan di kawasan empangan berkenaan.