Input your search keywords and press Enter.

PADU – 1.2 Juta Penjawat Awam Dah Daftar

M Update, 16/02/2024 – Sehingga kini, sebanyak 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara, telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Jumlah itu merupakan kira-kira 80% daripada 1.5 juta penjawat awam yang direkodkan. Pencapaian ini amat membanggakan dan beliau berterima kasih atas komitmen kakitangan kerajaan yang memberikan kerjasama yang baik.

Semua penjawat awam diminta mengemas kini maklumat dan data dalam sistem PADU dengan kadar segera, selewat-lewatnya semalam (15 Februari 2024).

Sistem PADU telah dilancarkan pada 2 Januari lepas dan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh membuat pendaftaran dan kemas kini maklumat individu sehingga 31 Mac 2024.