M Update, 23/02/2024 – Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dinaikkan kepada RM1,200 tahun ini berbanding RM600 tahun lepas, memberi kelegaan kepada penerima terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Program SARA dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas, sekali gus menyaksikan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda – PM DS Anwar Ibrahim
Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah serta warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.
Untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pula, bantuan SARA disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah serta warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.