Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Peneraju Ekosistem Halal Antarabangsa

M Update, 23/02/2024 – Inovasi dan strategi pemasaran bersasar Jepun yang berjaya meningkatkan tarikan dan kebolehcapaiannya untuk meyakinkan penggunanya terhadap produk halal, sudah membuka ruang kepada Malaysia menjadi peneraju ekosistem halal antarabangsa.

Biarpun bilangan penduduk beragama Islam di Jepun agak kecil, pasaran halal negara ini tetap mewujudkan peluang besar bagi pertumbuhan serta kerjasama dalam industri halal.

Sebagai contoh, jumlah eksport Malaysia mencecah RM59.46 bilion pada 2022, dengan eksport halal ke Jepun berjumlah RM3.6 bilion. Angka ini jelas mencerminkan potensi besar boleh diterokai dalam perdagangan sektor halal antara kedua-dua negara.

Kerjasama kukuh antara Malaysia dan Jepun, yang dapat dilihat menerusi kesungguhan kedua-dua negara dalam hal berkaitan pembangunan industri halal.

Komitmen Jepun dalam memastikan aspek kualiti dan integriti halal menerusi enam badan pensijilan halal di Jepun yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), membuktikan peranan pentingnya dalam pasaran global.

Semua pemegang taruh halal bersedia membantu Jepun meningkatkan infrastruktur dan rangkaian bekalannya, sekali gus memperkukuh hubungan dagang dua hala antara negara.