Input your search keywords and press Enter.

Ops Sapu – JIM Teruskan Serbuan

M Update, 26/02/2024 – Kira-kira 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup membahayakan diri dengan terjun ke longkang sedalam lima meter bagi mengelak dari ditangkap dalam Ops Sapu di Kota Laksamana minggu lepas.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11 warga asing berjaya dicekup pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.

Dalam operasi itu seramai 117 warga asing telah diperiksa dan hasil pemeriksaan telah menahan 90 orang warga asing disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa di negara ini.

PATI yang ditahan berusia antara 25 hingga 40 tahun terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita warga Indonesia, 75 lelaki warga Bangladesh, empat lelaki warga Myanmar serta seorang lelaki warga Pakistan.

Mereka yang ditahan disiasat bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)/Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.