Input your search keywords and press Enter.

Detik Cemas, Bas Rapid KL Terbakar

M Update, 05/03/2024 – Seramai 7 orang penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila bas itu terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama pagi tadi.

Kejadian disedari seorang penunggang motosikal yang memaklumkan kepada pemandu bas berkenaan bahawa terdapat kebakaran di bahagian belakang kenderaan itu.

“Pemandu bas seterusnya menghentikan kenderaan di bahu jalan dan mengarahkan semua penumpang turun ke lokasi selamat serta sempat mematikan enjin dan memadamkan segala suis terlibat.

Kebakaran bas tersebut melibatkan 90% kemusnahan dan punca kejadian masih dalam siasatan.