M Update, 06/03/2024 – Kini kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan antara Sabah dan Kalimantan Utara, Indonesia sedang giat dilaksanakan secara bersama oleh pasukan ukur kedua-dua negara. Penandaan dan pengukuran sempadan ini dijadualkan siap pada Jun tahun ini.
Penandaan dan pengukuran sempadan ini melibatkan beberapa kawasan iaitu East Pillar di Pulau Sebatik, tanda sempadan PB002 berhampiran Kampung Sungai Haji Kuning, New West Pillar dan tanda sempadan AA2 di Sungai Sikapal, Tawau.
Penandaan dan pengukuran sempadan Sabah – Indonesia itu selaras dengan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo tahun lepas, sebagaimana yang diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh kedua-dua pemimpin berkenaan pada 8 Jun 2023.